Antara Cinta, cinta, Pengorbanan dan Jihad.

Kadangkala kita sibuk mencari cinta manusia dan terlupa mencari cinta Allah s.w.t. Carilah cinta Allah terlebih dahulu kerana CintaNya melebihi segala cinta yang ada.

– Dipetik dari drama “Kerna Keagungan KursiMu” yang ditayangkan di Suria semalam. Sebuah drama yang amat menyayat hati dan menyentuh kalbu, lakonan Vanida Imran salah satu pelakon favoritku.

Pengorbanan dan jihad seseorang berbeza-beza.

Bagiku kali ini ialah pekerjaan yang baru. Kali ini masih dalam peringkat latihan dan masa untuk mengubah suai diri. Doaku agar ia akan menjadi pekerjaan yang diredhai Allah dan pada masa yang sama kelakonanku yang baik.

Dalam surah Ad-Dhuha ayat 5, Allah menjanjikan bahawa Dia akan memberikan makhlukNya apa yang mereka senangi dan aku yakin dan percaya akan Janji-Nya.

Pasti akan ada banyak cabaran yang akan ku lalui tetapi bukankah kita di dunia untuk diuji?

Bukankah Allah menjanjikan Syurga untuk mereka yang bersabar mengharunginya?

Dan Syurga mempunyai seratus tingkat, yang tinggi bernama Syurga Firdaus..

Memang senang sekali ditulis dalam kata-kata tetapi masa diuji adakah semua rasional dan refleksi ini akan diaplikasikan pada masa yang dikena ujian itu..

Selalunya tidak kan?

Eid-ul ‘Adha ini ku berdoa supaya Allah menguatkan imanku untuk menempuhi ujian-ujian yang mendatang supaya dapat bersama-sama orang-orang Mukminin yang diredhaiNya, terutama sekali Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya, insyaAllah.

Tidak lupa pula Nabi Ibrahim a.s yang cintanya pada Allah tersangatlah besar dan melebihi cinta terhadap anaknya Nabi Ismail a.s sehinggakan sanggup menjalankan pengorbanan yang agung, SubhanAllah.

Moga cintaku dan cintamu terhadap Allah melebihi cinta terhadap manusia, dan dengan izinNya mungkin Allah akan memberimu cinta makhlukNya yang tidak terhingga. Dan cinta yang bermula dari Allah itu moga-moga akan dipelihara hingga ke Syurga insyaAllah.

:)

Selamat Menyambut Eid-ul ‘Adha. 10 Zulhijjah 1432H.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: